Terma Dan Syarat

Kita Bantu 22 September, 2022

Polisi Privasi dan maklumat sulit

1. Kitabantu.com mempunyai hak ( reserves the right) untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan berkaitan Kitabantu.com

2. Kitabantu.com mempunyai hak untuk mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya pihak Kitabantu.com merasakan bahawa tindakan tersebut adalah untuk mematuhi prosiding undang – undang, perintah mahkmah atau proses undang – undang terhadap pihak kami.

Pemilik Projek (Project Founder)

1. Pemilik Projek bertanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar.

2. Sekiranya Pemilik Projek mengemukakan maklumat salah dan tidak lengkap Ketika

a. Pendaftaran Akaun :Pihak kitabantu.com berhak meminta maklumat tambahan kepada founder sebelum meluluskan pendaftarn

b. Pendaftaran projek : pihak kitabantu.com berhak meminta maklumat tambahan atau membatalkan pendaftaran projek tersebut.

3. Pihak Kitabantu.com juga berhak menamatkan projek jika mengetahui tentang sebarang salah laku seperti salah guna kuasa, pecah Amanah dan sebagainya. Pihak kitabantu.com juga akan melaporkan kepada pihak berkuasa  jika pihak kami mengesan atau mendapat sebarang laporan berkaitan salah laku sesuatu projek.

Pengeluaran Dana

1. Agihan pertama akan diserahkan kepada Founder bergantung kepada permohonan.

a. Setiap permohonan sebelum 10 hb akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh permohonan

b. Setiap permohonan selepas 10 hb akan diserahkan dalam tempoh 1 bulan daripda tarikh permohonan..

2. Bagi menjaga kepercayaan pada penderma, jumlah kutipan akan diserahkan kepada pemilik projek melalui dua kaedah  (bergantung kepada jenis projek):

a. Kaedah 1-Keseluruhan kutipan akan diserahkan kepada pemilik projek setelah projek tamat 

b. Kaedah 2-Kutipan akan diserahkan secara berfasa

i. -Fasa 1 (50%)

ii. -Fasa 2 (30%)

iii. -Fasa 3 (20%)

        3.  Andai berlaku sebarang penipuan dikesan oleh Founder, duit yang dikumpulkan akan diagihkan sendiri oleh kitabantu.com dan Yayasan Maghfirah. Sumbangan tersebut akan disampaikan               kepada jenis sasaran yang sama atau dengan niche yang hampir sama melalui projek – projek yang dijalankan oleh Yayasan maghfirah.

 

Yuran & cas

1. Pendaftaran di platform kitabantu.com adalah percuma

2. 6% caj perkhidmatan akan dikenakan untuk setiap projek yang berjalan di platform Kitabantu.com

3. Caj perkhidmatan akan dikenakan setiap kali permohonan pengeluaran dana di buat.

4. Caj payment gateway 1.5% - 2.5% akan dikenakan untuk setiap sumbangan yang diberikan untuk projek tersebut

Penderma

1. Kitabantu.com akan berusaha untuk membantu seandainya terdapat sebarang laporan berkaitan sebarang salah laku sesuatu projek di platform kitabantu.com

2. Jika penyumbang membuat sumbangan , Kitabantu.com berhak untuk mendapatkan maklumat tambahan  selanjutnya sekiranya perlu.

3. Apabila mendaftar, pihak Kitabantu.com berhak untuk menghubungi anda untuk kemas kini, pemberitahuan, maklum balas dan perkara- perkara lain yang berkaitan

4. Pihak kitabantu.com juga berhak untuk menggunakan data maklumat penderma untuk digunakan bagi tujuan promosi dan hebahan projek.

5. Dengan pendaftaran dan sumbangan oleh penyumbang, penyumbang dianggap telah bersetuju dengan semua syarat yang berkaitan

6. Sebarang perubahan kepada syarat dan terma berkaitan adalah tertakluk sepenuhnya kepada Kitabantu.com. Semua pihak akan dimaklumkan bagi sebarang perubahan.

7. Sebarang masalah berkaitan penderma boleh terus menghubungi pihak pengurusan di talian +60192338478