Cuba anda kaitkan apa saja semua perkara pada zaman sekarang, modal adalah perkara utama yang terlintas di fikiran.
Tidak dinafikan jika kita ingin mencapai sesuatu sasaran dana semestinya kita mahukan pencapaian dengan yang kos lebih jimat, kos rendah dan lebih baik lagi jika kita tidak perlu mengeluarkan modal untuk mencapai sesuatu sasaran.
Jadi, apa strategi yang perlu dilakukan untuk menaikkan kutipan dana tanpa mengeluarkan modal?
1. Perancangan awal untuk menaikkan kutipan dana
Perancangan merupakan perkara pertama perlu dilakukan untuk mencapai target yang diperlukan. Bermula dengan merangka aliran proses dari hari pertama. Pastikan ia ringkas, anda boleh menghuraikan secara beransur-ansur kemudian. Jika kesilapan berlaku lebih daripada dua kali, ketahui punca untuk mengelakkan kesilapan berulang. Sejak awal, anda perlu membayangkan “bagaimana” dan “mengapa” daripada result. Objektifnya adalah untuk mencapai result yang boleh diramal dan konsisten. Adalah lebih baik untuk mempunyai hasil yang konsisten, meningkat secara beransur-ansur yang boleh anda jelaskan dan kawal. Proses adalah fleksibel, kemungkinan setelah beberapa lama anda melakukan proses ini anda akan dapat melihat dengan lebih jelas supaya dapat membuang proses-proses yang tidak diperlukan.
2. Penulisan menarik melalui pengalaman sendiri.
Ini boleh menarik minat lagi untuk membaca dan kemudian anda boleh kaitkan dengan kempen anda. Akhir sekali anda boleh letak cta pada penghabisan ayat.
Sebagai contoh : “Jom sama-sama kita membantu Adik Naim untuk mencapai sasaran dana pembedahannya segera.”
Dan anda juga boleh menunjukkan keadaan “urgency” untuk mendapatkan dana kempen anda.
Sebagai contoh : “Bantuan Kecemasan Pembedahan Otak Untuk Adik Naim”
3. Kenali sasaran penyumbang anda
Anda disarankan untuk menyemak data untuk mendapatkan intipati, hala tuju dan naratif. Selalunya pepatah seperti “kenali pelanggan anda” boleh menjadi kabur dan tidak jelas.
4. Hebahan mulut ke mulut
Anda juga boleh membuat hebahan dari mulut ke mulut terutamanya kepada kenalan rapat anda yang suka menyumbang dan kepada yang sentiasa memberikan sokongan kepada projek anda.
5. Hebahan di media sosial
Hebahan ini juga lebih efektif dan laju untuk disampaikan terutamanya di post awam untuk memberikan maklumat kepada lebih ramai orang lagi untuk menyumbang. Bantuan kenalan anda untuk kongsikan kempen anda juga sangat membantu untuk meluaskan lagi sasaran penyumbang anda.