Macam Mana Perjalanan Kempen Crowdfunding?

Kita Bantu 15 February, 2023

Kebanyakan masyarakat kini sudah mempunyai pengetahuan asas mengenai konsep crowdfunding. Tetapi, masih ada lagi sebilangan founder di luar sana yang tiada lagi pengetahuan yang mendalam mengenai bagaimana perjalanan kempen crowdfunding ini dilaksanakan.


Baiklah, kami akan kongsikan secara umum mengenai bagaimana perjalanan kempen crowfunding dengan menggunakan platform kitabantu.com ini.

 

1. Founder WAJIB ada projek untuk berdaftar ke platform kitabantu.com.

Founder ini apa? Founder di sini bermaksud pemilik projek sama ada individu/institusi/NGO yang menguruskan projek tersebut. Selepas ada projek untuk dijalankan, anda boleh berdaftar di platform kitabantu.com.



2. Founder perlu mempunyai dokumen penting seperti kad pengenalan, dokumen pendaftaran organisasi dan penyata bank.

Kitabantu.com sangat menitikberatkan hal ketelusan dan kepercayaan sebelum projek anda diletakkan di platform ini bagi mengelakkan unsur penipuan. Kitabantu.com hanya meluluskan founder yang diyakini sahaja untuk meletakkan projek.


3. Setiap projek mesti mempunyai sasaran dana yang bersesuaian.

Sasaran dana projek merupakan perkara paling penting untuk diletakkan supaya founder boleh meletak sasaran yang perlu dicapai dalam sesuatu projek.


4. Copywriting dan pakej menyumbang disediakan dari founder projek.

Copywriting yang menarik perlu disediakan untuk menarik minat penyumbang menyumbang dengan projek anda. Founder juga digalakkan untuk membuat pakej bagi memudahkan penyumbang memilih.



5. Poster, gambar dan video (jika ada) berkaitan projek untuk posting kempen.

Ini adalah perkara asas yang perlu ada untuk menarik minat penyumbang dan menambahkan dasar kepercayaan dengan pembuktian gambar berkaitan projek.


6. Selepas kempen anda telah disahkan oleh admin, kempen anda sudah boleh dikongsi dan disebarkan kepada kenalan anda dan media sosial yang ada.


7. Sementara kempen masih berjalan, founder boleh membuat kemaskini projek untuk memberi makluman kepada penyumbang hasil yang telah menyumbang.

8. Apabila kempen ini sudah tamat, kitabantu.com akan membuat proses pengeluaran dana kepada founder mengikut kepada hasil persetujuan bersama.



اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat, dan amal yang diterima,"

(HR Al Mustaghfiri).