Bagaimana Kita Bantu.com Dapat Membantu Founder?

Kita Bantu 10 February, 2023

Crowdfunding bukanlah perkara baru di dalam Malaysia. Malah, kebanyakan founder kini lebih berminat untuk membuat crowdfunding di platform-platform yang telah disediakan.

Tetapi, antara perkara utama yang founder pertimbangkan sebelum meletakkan projek mereka di platform crowdfunding semestinya jika platform tersebut boleh membantu founder dalam mendapatkan dana bukan?

Anda tidak perlu risau!! Kita Bantu.com sentiasa bersedia dalam membantu founder terutamanya kepada mereka yang baru menyertai dalam bidang crowdfunding ini.

Jadi, macam mana Kita Bantu.com boleh membantu founder?


1. Boleh mengemaskini projek. Founder boleh membuat kemaskini mengenai perkembangan projek yang terkini bertujuan untuk memaklumkan kemajuan hasil daripada dana para penyumbang.



2. Founder mendapat dokongan melalui doa dan kata-kata penyumbang. Ini adalah salah satu keistimewaan jika menggunakan platform Kita Bantu.com iaitu founder boleh melihat penyumbang yang sudah menyumbang memberikan doa dan kata-kata semangat untuk projek anda.



3. Memudahkan founder untuk kongsikan projek kepada sesiapa sahaja. Founder boleh copy dan share link di media sosial dengan sangat mudah untuk disebarkan kepada kenalan-kenalan anda.


4. Pakej untuk sumbangan. Founder juga boleh menyediakan pakej-pakej yang bersesuaian untuk memudahkan penyumbang memberikan sumbangan.



5. Reka bentuk platform yang mesra pengguna. Platform Kita Bantu.com sangat mesra dan mudah untuk digunakan bagi founder dan penyumbang.


6. Menyediakan panduan pengguna founder. Kita Bantu.com ini juga akan memberikan panduan kepada founder untuk membantu mencipta projek di platform ini.


Kita Bantu.com sentiasa melakukan yang terbaik dalam memudahkan segala pengurusan kempen founder dan juga penyumbang-penyumbang kempen. Kita Bantu.com juga ingin bersama-sama membantu founder dalam merealisasikan impian anda dengan menggunakan platform Kita Bantu.com ini.

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.” (Riwayat al-Baihaqi (265))