Apa Itu Crowdfunding?

Kita Bantu 7 February, 2023

Tahukah anda pada zaman teknologi ini crowdfunding platform merupakan kaedah yang sangat penting & efektif dalam memperoleh dana?

Kenapa penting? 

Haaa sebelum kita tahu kepentingan crowdfunding platform, jom kita kenali terlebih dahulu apa itu yang dimaksudkan dengan crowdfunding.

Crowdfunding merupakan gabungan 2 perkatan iaitu “Crowd” (Orang ramai) dan “Funding” (Pembiayaan). Secara kesimpulannya, crowdfunding bermaksud pembiayaan melalui orang ramai. Atau bahasa yang lebih mudah, orang ramai menderma atau berinfaq kepada sesuatu projek, supaya mereka capai objektif apa yang projek inginkan.

Crowdfunding platform pula merupakan medium yang disediakan untuk mendapatkan dana atau sumbangan melalui orang ramai dengan meletakkan projek di laman web dan platform yang dipercayai.


APA KELEBIHAN KITA BANTU SEBAGAI CROWDFUNDING PLATFORM? 

• Crowdfunding platform yang dibangunkan dengan bercirikan teknologi terkini

• Mesra pengguna bagi founder dan penyumbang 

• Dipercayai dan telus 


APA YANG KITA BANTU BOLEH TAWARKAN? 

Kita Bantu sangat meraikan dan menawarkan bagi pelbagai institusi atau mana-mana NGO yang berminat dan sedang mencari tempat untuk meletakkan projek-projek mereka di crowdfunding platform bagi mendapatkan dana. Kerana di platform Kita Bantu.com, kami akan pastikan setiap proses akan berlaku secara efektif, mesra dan telus.


Kini semua orang boleh kejar impian dengan kitabantu.com


Tunggu apa lagi? Ayuh daftar projek sekarang di platform Kita Bantu.com