5 Strategi Utama Dalam Menjayakan Kempen Di Platform Kita Bantu.com

Kita Bantu 22 February, 2023

Seperti kita semua sedia maklum, perancangan merupakan perkara paling utama dalam merancang sesuatu perkara.

Hal ini termasuklah dengan kaedah ataupun strategi untuk menjayakan kempen di platform crowdfunding semestinya anda memerlukan idea dan strategi yang mantap.


Nak letak projek tapi tak tahu macam mana nak jayakan kempen di platform ini?


Jom kami kongsikan 5 tips macam mana nak jayakan kempen di platform kita bantu ini.


1. Projek anda dikongsi dan disebarkan kepada kenalan seramai boleh.

Anda boleh sebarkan ke pelbagai platform media sosial dengan cara yang sangat mudah dengan hanya satu klik sahaja. 

Anda boleh kongsikan juga di group Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain dan pastikan anda tidak spam di group yang sama.


2. Perkongsian kisah yang menarik berkaitan projek

Kenapa kisah kena menarik? Semestinya untuk menarik penyumbang menyumbang pada projek anda. Lebih unik kisah projek anda, lebih menarik orang untuk menyumbang.


Contoh:

“Penyakit ganjil yang ibu saya hidapi adalah satu-satunya di Malaysia, mengikut pakar.”


3. Networking di media sosial dimanfaatkan sebaik mungkin

Bagaimana nak manfaatkan? Pertama sekali sebarkan kempen anda di kumpulan Facebook yang mempunyai ramai ahli. Yang kedua, anda juga kongsikan kempen anda dengan membuat tag nama selebriti atau influencer. Yang ketiga, letak link kempen di bio anda di Instagram dengan poster menarik perhatian.


4. Sentiasa konsisten

Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan bukanlah perkara yang mudah. Antara tips untuk jayakan sesuatu kempen adalah dengan membuat perkongsian link kepada kenalan dan media sosial secara konsisten untuk hasil yang lebih baik.



5. Tidak mudah putus asa

Nampak seperti mudah tips ini tapi ini merupakan penentu sama ada kempen anda akan berjaya atau sebaliknya. Jangan tinggalkan sehari berlalu tanpa anda berkongsi link kempen. Masa adalah sangat terhad tetapi anda boleh capai target dengan usaha dan strategi yang betul. 


SEMOGA BERJAYA!!!