VAN BARU HASIL BANTUAN ANDA RAKYAT MALAYSIA.

Kita Bantu 16 November, 2022

Bayangkan setelah 4 tahun beroperasi, akhirnya mereka dapat membeli sebuah van baru, hasil bantuan seluruh rakyat Malaysia.


Baru-baru ini pihak pengurusan kitabantu.com telah turun sendiri untuk menyerahkan kunci mockup van Toyota Hiace kepada pihak Maahad Tahfiz Al Fateh. Pembelian ini adalah hasil sumbangan ramai rakyat Malaysia di platform crowdfunding kitabantu.com.


Semua guru dan pelajar di sana turut melahirkan rasa gembira dan syukur atas pembelian van ini, kerana banyak memudahkan urusan harian mereka termasuk untuk pergi solat jumaat.


Sebelum ini, para pelajar terpaksa berjalan lebih 5 km ulang alik hanya untuk menunaikan solat jumaat kerana tiada kenderaan yang boleh digunakan untuk ke masjid. Malah sebelum ini, urusan untuk ke klinik atau hospital juga sukar kerana tiada kenderaan khusus untuk pihak tahfiz.


Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Ustaz Muhammad Azzam Anwar merakamkan jutaan terima kasih dan mendoakan kebaikan kepada semua yang membantu mereka.


Tahniah Rakyat Malaysia.

Satu Klik anda, Memberi Sejuta Makna kepada semua warga Maahad Tahfiz Al Fateh