Rahsia Posting Video Mendapat Hasil Lumayan

Kita Bantu 21 March, 2023

Trend dalam membuat video terutama video semakin kerap digunakan di dunia maya dengan wujudnya teknologi yang memudahkan orang untuk membuat dan mengedit video.


Banyak video yang dihasilkan di media sosial seperti di aplikasi Youtube, Facebook dan Instagram. Dan sekarang orang ramai lebih tertumpu kepada aplikasi Tiktok kerana video yang dihasilkan pendek dan mampu menangkap perhatian dan tahap fokus audiens yang menonton. 


Jadi apa rahsia untuk buat posting video yang mantap?


1.      3 second hook di awal video

MASA ITU LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS - Muslim Al-Fateh


Hook? Apa benda tu? Haaa buat yang tidak tahu hook ini di mana waktu untuk kita tangkap perhatian audiens dengan memberikan penyataan yang membuatkan audiens hendak dengar lagi video anda sehingga tamat. Perkara ini paling penting untuk menarik jumlah penonton video anda sekaligus ramai audiens yang mengetahui projek anda.


2.      Video penuh emosi dan suara yang jelas


Hal ini juga dapat menarik audiens untuk menonton kerana dengan emosi mampu menarik audiens untuk mempunyai emosi yang sama sama ada gembira dan sedih. Video yang tiada emosi tidak mampu menarik audiens untuk menyumbang ke projek anda kerana tiada empati daripada audiens. Intonasi suara juga penting dalam video pastikan jelas dan mudah difaham.


3.      Kurang daripada 1 minit


Kenapa pendek sangat? Cukup ke masa tu? Tersangat cukup tau untuk kita buat video kurang 1 minit tetapi anda perlu pastikan video itu akan meninggalkan impak kepada audiens maka anda akan berjaya meraih sumbangan untuk projek anda. Pastikan anda masukkan maklumat yang audiens perlukan sahaja tak perlu meleret panjang sangat sehingga audiens tidak mahu menonton lagi.


4.      Mempunyai jalan cerita


Ini perkara asas yang anda perlu lakukan sebelum anda merekod video. Perlukan kepada jalan cerita mengenai projek anda dan kalau boleh membuat skrip video supaya anda boleh sampaikan maklumat yang betul dengan lebih lancar dan lebih berkeyakinan kepada audiens berbanding anda bercakap secara spontan tetapi tidak sesuai dengan jalan cerita yang sepatutnya. 


5.      Muzik yang menarik 


Untuk memastikan video anda akan ditonton dan jika anda menggunakan aplikasi Tiktok, anda boleh meletakkan muzik-muzik yang sedang trending di aplikasi tersebut kerana kebiasaannya video-video dengan muzik trending akan lebih mudah keluar di page audiens aplikasi itu.


Selamat mencuba!!