Penting ke copywriting yang power? Macam mana caranya?

Kita Bantu 10 March, 2023

Copywriting sangat dekat dikaitkan dengan dengan promosi projek kerana maklumat yang diberikan dalam bentuk copywriting yang menarik merupakan jambatan menghubungkan dengan sasaran penyumbang yang akan mendedahkan projek anda adalah projek yang sangat penting dan perlukan bantuan orang ramai.


Apabila anda membuat copywriting, anda akan bermain dengan psikologi orang audiens.


Penting ke copywriting power ini?




Tanpa copywriting yang power, audiens tidak akan ada perasaan teruja dan secara tidak langsung anda tidak dapat menarik perhatian orang untuk menyumbang ke projek anda.


Ini adalah perkara-perkara asas yang perlu ada dalam copywriting power anda.


1.      Naratif dan storyline yang menarik dan power


Untuk dapatkan perhatian penyumbang, anda perlu membuat copywriting yang mempunyai naratif dan storyline yang menarik dan mampu menarik orang untuk menyumbang ke projek anda.


Copywriting akan membuatkan orang merasakan sesuatu, mesti ada CTA.


Sebagai contoh CTA : ……“Ayuh kita sama-sama membantu pakcik Ali untuk kos pembedahannya”.


Storyline yang dibuat hanya untuk naikkan emosi, mood atau berikan input kepada audiens. 


2.      Pengesahan Pakar


Untuk menguatkan lagi mengapa projek anda diwujudkan adalah dengan membuktikan pengesahan dari pakar-pakar yang bertauliah ataupun kajian-kajian yang pernah dilakukan sebelum untuk mengukuhkan lagi sebab orang ramai perlu menyumbang di projek anda.


Sebagai contoh : Tahukah anda, adik Asyraf menghidap penyakit yang hanya berlaku 1 dalam 4 juta di kelahiran seluruh dunia?


Penyataan yang spesifik dan terbukti secara saintifik akan menguatkan lagi perasaan orang untuk membantu dan menyumbang ke projek anda.


3.      Penerima manfaat projek


Anda juga perlu dedahkan siapakah penerima manfaat kepada projek itu? Kenapa ? Untuk apa? Supaya mereka boleh menilai sendiri dan menyakinkan lagi orang ramai untuk menyumbang ke projek anda.


4.      Pastikan headline menarik minat penyumbang


“7 dari 10 iklan gagal sebab headline tak cukup menarik”.


Betul ke ni?


Ya, headline memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan keberkesanan iklan anda.


Tak perlu kepada headline yang panjang-panjang. Cukup sekadar ayat yang ringkas tapi padat maksudnya dan power. 


Sebagai contoh : Budak 5 tahun ada penyakit orang tua?


\


Copywriting anda perlu sentiasa mencuba dan membuat banyak copywriting supaya anda boleh dapat tahu copywriting mana yang lebih berkesan. Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha.


Selamat mencuba!