Ibrah Israh Mikraj : KITA SEORANG HAMBA

Kita Bantu 1 March, 2022

KITA SEORANG HAMBA

Peristiwa israk mikraj adalah satu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah umat islam. Peristiwa yang membuktikan kebenaran dakwah Rasulullah dan peristiwa yang membuktikan kekuasaan Allah. Keajaiban ini hanya berlaku dalam satu malam sahaja

Israk bermaksud perjalanan daripada masjid Al – Haram, Mekah ke Masjid Al – Aqsa di Palestin. Manakalah Mikraj pula bermaksud perjalanan daripada Masjid Al – Aqsa ke sidratul muntaha.

Namun peristiwa ini mengajar kita satu hakikat yang mungkin ramai manusia terlupa pada masa kini, iaitu, Hakikat kita sebagai seorang hamba

أسرى بعبده menunjukkan walaupun satu peristiwa yang sangat hebat berlaku, hatta nabi s.a.w berjaya sampai ke suatu tempat yang tidak pernah tercapai oleh manusia sehingga sekarang. Tetapi Allah menyedarkan hakikat bahawa nabi tetap seorang hamba dan Rasul yang memikul amanaj yang dipertanggungjawabkan keatas baginda

Namun, bila kita melihat keadaan masyarakat masa kini, mereka seolah-olah lupa tentang hakikat ini. Mereka lupa bahawa ada tuhan yang mencipta mereka, menilai mereka, menguasai setiap sesuatu di langit dan di bumi, dan Yang Maha Pemberi balasan kepada setiap malam baik dan buruk mereka pada hari ini.

Semoga Peristiwa penting ini mengingatkan kita tentang hakikat siapa sebenarnya kita di muka bumi ini. Semoga kita sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada Allah, insyaallah.


SELAMAT MEMPERINGATI HARI ISRA' MIKRAJ, HARI YANG PENUH RAHMAT DAN KEBERKATAN!