Sangat penting bagi founder untuk mengetahui perkara yang anda perlu ada dalam copywriting sebelum anda kongsikan kempen kepada target penyumbang untuk menyumbang dalam kempen anda.
Sebab apa?
Adakah anda tahu penulisan yang baik dan menarik juga mampu menarik akan membantu dalam strategi online anda?
Apa itu copywriting?
Copywriting merupakan teks bertulis yang bertujuan untuk memberikan maklumat, inspirasi atau memujuk dan kebiasaannya copywriting ini digunakan untuk meningkatkan jualan atau sesuatu dana projek.
Copywriting ini juga digunakan hampir di semua tempat sama ada di emel, media sosial dan sebagainya.
Jadi, apa yang founder perlu tahu sebelum mulakan copywriting yang menarik penyumbang untuk menyumbang ke dalam kempen anda? Jom kami kongsikan antara tips-tips penting.
1. Konteks Kempen
Anda perlu dapatkan tentang kempen yang anda ingin jalankan. Maklumat ini sangat penting untuk menghasilkan set copywriting yang berkaitan antara sama lain atau tidak bercanggah.
Sekiranya anda ingin menulis copywriting, jangan terlepas pandang perkara yang turut dibaca penyumbang sebelum sampai ke Ianding page yang akan dihasilkan seperti emel, iklan facebook, video dan sebaginya.
Dengan cara ini, anda akan lebih memahami apa yang dilalui penyumbang sebelum tiba ke landing page yang dihasilkan.
2. Profil Avatar Penyumbang
Ramai rupanya founder yang masih belum kenal lagi siapa sebenarnya sasaran mereka. Avatar bukan sekadar usia, jantina atau lokasi tetapi juga personaliti, matlamat penyumbang yang membaca, apa yang mereka minat dan lain-lain.
3. Ciri kempen
Hal ini merupakan perkara asas yang perlu ada dan difahamkan sebelum memulakan kerja penulisan. Anda perlu tahu segalanya mengenai kempen tersebut.
Sebagai contoh, dalam menghasilkan copywriting untuk sebuah kempen, anda perlu fahamkan ciri-ciri kempen yang ingin dijalankan seperti tujuan kempen, bantuan yang diperlukan, berapakah sasaran dan akan disalurkan untuk siapa dan sebagainya. Lebih banyak yang anda peroleh bahan dan content, lebih mudah untuk anda tampil dengan idea copywriting yang lebih menarik.
4. Sasaran dana & Pakej
Bahagian ini paling penting yang penyumbang akan rujuk selain daripada tujuan kempen diadakan. Bahagian ini juga merupakan maklumat terperinci berkenaan kos-kos yang diperlukan dan berkaitan dengan kempen tersebut. Selain daripada itu, pakej yang disediakan dapat memudahkan urusan penyumbang dan tidak berfikir panjang untuk jumlah sumbangan dengan memilih pakej dengan penetapan jumlah yang diletakkan.